Follow Me n i'll follow u back =)

Sunday, August 26, 2018

Matrik Best Ke Tak?

Hai semua ! Fuhhh setelah sekian lama tak bukak blog ni tiba tiba tadi hati kecilku ini pun terdetik untuk update la jugak sebelum aku nak masuk ke alam U. Hehe alhamdulillah lagi beberapa hari aku akan masuk Degree life! Yang mana U nya sangat dekat dengan rumah aku sampaikan aku boleh pergi dan balik ke U macam aku pergi balik sekolah je. Over ke? Hahaha. Takdelah dekat macamtu pun sebenarnya, cuma dekat la jugak tapi tak dekat macam nak pergi sekolah tapi still dekat la jugak, okay apa apa jelah! aku bakal masuk UPM, Serdang dan bakal menjadi student Masscom. Walaupun apa yang aku paling nak sebenarnya ialah untuk menjadi cikgu yang boleh mendidik anak anak awak semua nanti, tapi takpelah. Mungkin bukan rezeki aku. Ketahuilah aku sudah nangis berhari hari kerana tak dapat menjadi cikgu hahaha okay sambil tulis sekarang ni pun tetibe rasa nak nangis balik!

Okay sambung ke topik asal, tujuan aku tulis entry pasal best ke matrik ni adalah sama macam tujuan aku tulis entry MRSM best ke tak sebelum ni, sebab sebelum aku masuk matrik aku ada search "best ke matrik" tapi sikit je orang tulis pasal best ke tak matrik ni. Jadi aku macam kecewa la sikit haha. Aku percaya mesti ada jugak antara yg bakal masuk matrik akan search pasal ni jugak. Jadi Selamat Datang! 


kalau nak tau kat sini orang panggil tempatni UFO 


Sebelumni aku belajar dekat Matrik Perak. Yang mana mula mula masuk matrik aku rasa macam sedih sikit la sebab aku nak asasi kat universiti bukan matrik  sebab orang kata matrik sama macam sekolah asrama je. Aku yang telah penat dengan kehidupan asrama pun macam erghhhh. Aku dulu tak dapat UPU. Sekarang bila fikir balik memang patut aku tak dapat sebab aku mintak merepek repek hahaha. Tapi aku dapat panggilan kedua ke UNIMAS course Sains kat Sarawak yang mana aku sangat nak pergi tapi satu family menentang dengan kerasnya disebabkan jauh. Okay takpe lah ada hikmah. Okay jadi aku teruskan je lah dengan Kolej Matrikulasi Perak atau nak senang panggil, KMPK. "KMPK?!" "Di Hatiku!!!" itulah benda yang kami belajar disana. Asal dengar KMPK?! wajib sambut dengan meriah Di Hatiku!!! okay. Mula mula masuk matrik, pengetua yang berucap dengan teriaknya kata "welcome to the coolest part of hell!" jadi aku yang takut pulak dengar perkataan hell tu pun berzikir panjang dan mula resah gelisah disitu. Okay over lagi. Kat sini perempuan memang kena pakai baju kurung tauuuuuu tiap hari pergi kelas kecuali time ada koko.
ni masa hari entah keberapa dekat matrik.



aku nampak macam secret agent tak. Hahaha


Kat matrik ni student akan dibahagi kepada PDT dan PST, based on result time SPM dulu. PDT ni tempoh belajar dorang dua tahun kat matrik. PST pulak setahun. Aku dulu dapat PST, yaktu dapat spend setahun jelah dekat the coolest part of hell ni. Jangan tanya apa maksud PST PDT aku serious tengah lupa. Dan student dibahagi kepada Modul 1 (yaktu yang amek subjek Fizik, Bio, Chem, Math), Modul 2 (yaktu yang amek Fizik, Chem, Math, Sains Komputer), dan modul 3 (Bio, Chem, Math, Sains Komputer) ni pun based on result SPM. kalau nak tukar modul boleh, nanti memang diorang akan tanya ada tak pelajar yang nak tukar modul. Kat matrik ni memang padat jadual dia, jarang sekali nak dengar class cancel. Tapi ada je class cancel walaupun sedikit jangan risau haha. Semua kelas memang start pukul 8. Dan habis bukan setiap hari pada waktu yg sama. Ada hari pukul 3, pukul 4, pukul 5 boleh je jadi. Hari jumaat memang pukul 12 la tapi.

Kat sini ada Lecture, Tuto, Praktikal. Sama jelah macam U tapi cuma nak bagi bayangan sikit je kat korang. Lecture tu yang mana kita masuk Lecture Hall dan duduk dengar lecturer terangkan semua benda. Kita memang akan diberi nota. Best la kannn, senang gitu. alaa macam kat sekolah la semua diberi. Jadi aku yang manja pun suka lah diberi semua yang aku perlu hikhik. Kalau student asasi taktau la. aku tengah bercerita tentang matrik. Tuto tu macam kelas. Belajar dalam kelas. Kalau lecture tadi belajar ramai ramai macam seratus lebih camtu, tuto pulak umpama kat sekolah belajar sekelas. Praktikal pulak buat eksperimen semua kat makmal. Eksperimen paling best adalah eksperimen Bio bedah tikus. Aku yang suka tengok video bedah bedah ni memang suka lah dapat rasa bedah bedah tikus sebab dulu kat sekolah tak berkesempatan nak bedah.

maaf kalau ada yang tak suka tengok.

Ni aku time awal awal dulu sementara 
nak tunggu masuk makmal.

Kat Matrik kalau nak outing boleh sampai pukul 7 je. Eh jap yekeee, ke pukul 6 petang. aku dah lupa. Tapi macam asrama dulu lah, tak boleh setiap minggu. Ada jadual dia. Nak pulang bermalam pun ada jadual, tak boleh setiap minggu. aku yang dah pernah duduk asrama ketawa kecil tengok orang lain menangis homesick. Ceyyy takdelah! haha. Tak ramai pun homesick. Korang kena suka je duduk sini maka  hilangla perasaan rindu rumah tu sampaikan korang pun terlupa rumah kat mana ye. Okay over lagi! Dan paling best aku dengan kawan kawan kelas pernah pulang bermalam pergi Lost World of Tambun! dan kitorang menetap dekat homestay. 



Bilik kat KMPK ni satu bilik empat orang, dan jangan la bayangkan setiap bilik ada tandas. tandas kat luar. Jalan sendiri iyee. Aku jujurnya amat sayang dengan roommates aku sebab semua sekepala je. Semua jenis merepek hahaha. Apa yang aku paling suka pasal roommates aku adalah diorang semua jenis belajar. Sebab aku tengok dorang belajar, jadi aku yang sukakan persaingan sihat pun nak belajar jugak. kitorang akan lumba siapa paling lama duduk dekat meja study untuk study. Cehhhh okay tu over! Aku suka sebab kitorang memang malam malam akan duduk kat meja study, buat kerja semua. Tapi time jumaat malam memang kitorang jarang la nak kat meja study hahaha kitorang akan duduk sekejap je dan berborak, dan main fon semua dan aku kemudian akan main Mobile Legend dekat katil. Sebab dah mindset esok cuti hahaha. Dan benda paling tak boleh lupa, kitorang jarang pergi (read: tak pergi langsung) kalau ada event apa apa kat matrik walaupun WAJIB. Sebabtu kitorang punya group nama dia "pergi ke tak?" Sebab itu yang kitorang akan tanya sesama sendiri masa ada event apa apa dan jawapannya sentiasa tidak. Kalau nak tau aku ni dahlah merupakan ketua aras ground floor Teja. Ya Allah ampunilah aku, haha. Maafkan aku cikgu cikgu dan warden warden. okay ni roommates aku. Kitorang bertiga sebab lagi sorang dah pindah awal awal dulu. 


                           
aku taktau kenapa gambar ni nampak macam
 budak nakal tapi ketahuilah kami baik hahaha


                                  
manusia paling clingy



Okay sebab dah cakap pasal belajar aku teringat nak cakap tentang exam. Kat sini final setiap sem dipanggil PSPM. PSPM I, PSPM II. Memang penting tau PSPM ni, okay kepentingan dia macamni, PSPM I ni penting untuk digunakan untuk kita mohon upu, untuk kita mohon untuk jadi tenaga pengajar kat matrik, untuk bagi kita dapat sambung sebagai studen PST(kalau untuk PST lah) sebab ada yang PST turun ke PDT sebabkan result PSPM I. Yang pasal nak jadi tenaga pengajar kat matrik ni, pointer kena 3.5 keatas. Tapi takdela semua akan dapat, korang kena terpilih untuk interview dulu. Siapa lepas dia akan tanggung korang belajar luar negara. Interview dia memang susah sikit, tapi takpe ada rezeki ada lah. Rezeki Allah kan luas hee. PSPM II lagi lagi penting untuk tukar balik pilihan UPU yang kita mohon guna PSPM I sebelumni. Jadi, belajar lah betul betul. Enjoy enjoy juga. Sebabtu la aku kata aku gembira ada roommates yang belajar, ketahuilah kitorang suka tidur lambat apatah lagi time ada test, atau final. Kitorang tidur dalam 2 3 jam macamtu je. Pukul 4 5 pagi baru tidur. Aku baru first time berjaga untuk study macamni dekat matrik, dekat maktab dulu tak, dan aku amat rasa menyesal tak berusaha macamni time SPM dulu. Allah kan akan tolong orang yang berusaha. Hehe jadi alhamdulillah untuk PSPM I pointer aku 3.56. Walaupun roommates aku sorang tu 3.80 sorang lagi 4 flat, aku tetap bersyukur sangat sangat. Aku pun ada mohon untuk tenaga pengajar matrik tu, tapi aku rasa memang bukan rezeki aku nak jadi sorang pendidik takpelah. Yang penting untuk sem 2 pointer kebanyakan turun sebab susah sikit. 

Nanti korang akan muet dekat sini. Untuk yang nak amek kat luar tu taktahulah. Tapi nanti memang ada subjek english yang mana lecturer akan ajar pasal cara jawab muet semua. Alhamdulillah muet aku dapat band 4, dan roommates aku pun semua band 4. Muet ni ada tiga tahap. Listening, Writing and Speaking. Okay nanti lecturer korang akan ajar nanti jangan risau.

Dekat matrik memang wajib kena join koko satu semester. Aku dulu masuk badminton. Sebab ramai nak masuk pingpong tapi aku tak reti main pingpong sobs sobs. Kat sini jugak ada kelab yang boleh nak join atau tak. Kalau nak banyak markah koko join la kelab kelab yang ada macam kelab teater ke, gamelan ke, menari ke, MC ke. Tapi kalau nak tau akulah ketua kelab Gamelan tapi, aku sendiri dah mansuhkan kelab tu hahahha all hail Wawa! Sebabnya matrik tak mampu nak beli peralatan gamelan yang mana memang sangat mahal. Aku pun kecewa sebab tak dapat nak teruskan bermain gamelan dekat sini.

Dekat matrik ada KAKOM iaitu sukan antara matrik. Ikut la kalau korang nak masuk jadi athelete Kakom sebab memang banyak dapat markah koko. Tapi biasanya Kakom ni dibuat masa cuti. Jadi time Kakom murid lain balik rumah. Aku yang suka bersukan dan handal bersukan apa lagi, sudah tentulah aku balik rumah sebab aku lagi memilih kucing kucing aku dan rumah aku. Hahaha part handal tu tipu. Dekat Matrik jugak banyak je event event yang menarik, pertandingan yang menarik yang korang boleh join. Dan pertandingan paling menarik aku pernah masuk dekat KMPK ni adalah Tournament Dota 2! ye memang sangat merepek sehinggakan aku je perempuan kat situ, eh ke ada lagi sorang, aku pun lupa. 
 
nampak pro tak, hahaha aku lah Dendi Malaysia! Okay over lagi 


Dan dekat matrik ni petang petang aku amatlah suka jogging, kalau takpun akan main badminton dengan kawan kawan. Dan pernah jugak kitorang habiskan petang untuk main baling selipar tapi end up kitorang tangkap gambar je banyak, hahaha. Best beriadah ni. Silalah beriadah seperti aku, Yelah takkan aku nak habiskan masa aku dekat bilik tidur. Cehhhhhhhhhhhh aku pun geli tulis ni hahah. Tapi tolonglah menghargai setiap masa dengan kawan kawan, sebab kat matrik lah nak kumpul banyak kenangan indah indah. 

 Ni bila aku kata "buat muka buruk buat muka buruk!"


 Apa lagi ye nak cerita tentang matrik, memang menarik. walaupun aku mula mula dulu macam sedih sikit dan tak suka dan terpaksa. Tapi percayalah kawan kawan, Keterpaksaan akan membawa keikhlasan. tak sampai sebulan aku betul betul dah suka dengan hidup aku dekat Matrik ni. Apa lagi dengan kawan kawan yang baik, supporting, ceria, kuat merepek dan segala bagai. Apa yang korang perlu untuk gembira adalah menjauhkan diri dari negative vibes je gituuuuu. Persetankan manusia manusia atau geng geng yang kaki kutuk kutuk orang, yang suka palaukan orang. Sebab dengan wujudnya manusia camni la, kita akan rasa down dan tak gembira. Aku cakap sebab aku ada kenal geng geng sebegini dekat matrik yang suka palaukan certain orang macam kawan aku pernah kena. Kejam kan? Kita hanya perlu whateverrrr je kat diorang and live the life. Gitchewww



Aku kan ada cakap pasal event menarik kan tadi, contoh event nya ialah colour run dan macam event yang kelas aku anjurkan. Yaktu malam malam kami dan semua penduduk KMPK yang lain, okay takdelah semua tapi ramai lah yang join, kitorang terbangkan lantern.
ni time colour run
ni nampak sikit je, gambar yang banyak banyak lantern kat udara dah delete :(

Okay aku dah taktau macammana nak meyakinkan yang kehidupan kat matrik ni sememangnya amat best. Dan aku sekarang sangat rindu rindukan kawan kawan matrik aku. Sekarang semua dah nak masuk U lain lain. Tapi aku harap kita macammana pun akan tetap ingat satu sama lain. KMPK?! Di hatiku!!











Sunday, January 22, 2017

MRSM, Best ke Tak?




Hai assalamualaikum semua! hihi setelah sekian lama bapak aku tak update apa apa. Kini tiba lah masa untuk aku update. Tiba tiba terdetik nak tulis pasal MRSM, iaitu Maktab Rendah Sains Mara. Idaman semua pelajar samada form 1 hinggalah form 5 huhu. Kot. Jadi masa 2015 time form 4 aku dapat tawaran masuk dua tempat, MRSM Bentong dengan SBP Sains Muar. Tapi SBP tu dapat lepas dah nak masuk MRSM. Jadi, aku pun amek la MRSM. Sebelum tu aku sekolah kat SMK SAAS, Kajang. Pelajar KAA. Tapi yang sedihnya, bila dah keluar SAAS, masuk MRSM terpaksa lah tinggalkan arab, kkq semua tu. Sebab aku dapat tawaran kat MRSM Bentong, bukan MRSM Ulul Albab huhu. Kat SAAS aku amek sains agama, kat mrsm ni aku amek sains tulen. Tapi tahun ni MRSM Bentong dah jadi MRSM untuk budak yang nak amek teknikal je. Jadi form 5 tahun ni adalah last pelajar mrsm bentong yg amek sains tulen. Jadi sebagai pelajar baru, memang eksited bapak lah kan. Sebelum terlupa, aku pelajar ambilan kedua ke ketiga camtu haha. Mungkin sebab result pt3 yang tak gempak macam pelajar lain. Aku dapat 7A je hehe alhamdulillah. Tapi yang sayang nya kena tinggalkan kawan kawan yg tersayang kat saas. Memang tu lah first time seumur hidup kena duk asrama. Aku dari zero tak reti berdikari kena lah selangkah demi selangkah cuba untuk berdiri di atas kaki sendiri walaupun rasa agak janggal ((bapak ah ayat)) hahaha. 


ni hallway aspuri second floor block c dan ni je gambar aku ada haha


Apa yang best nya pasal MRSM ni?
Berhantu? Kena buli? Hahaha taktak. berhantu tu tak. Tapi memang kena tahu la kan dimana je kita berada, syaitan pun mesti lah ada di mana mana jugak. Kalau tak mesti lah semua behave baik je ye dak. Part buli pulak aku tak pernah kena lah sebab MRSM Bentong masatu first time buka balik lepas ditutup sebab tanah runtuh masa 2010. jadi masa 2015, ada tingkatan 4 dengan 1 je. Bila 2016 baru lah ramai sikit tambah 2 batch. Jadi aku kira senior dua tahun lah. Itu pun senior MRSM Bentong ni kira baik baik jugak tau, takde pijak pijak tumbuk orang semua. Kalau laki maybe ada la. Perempuan mrsm bentong semua sopan sopan belaka. aiceh



Apa yang best tentang mrsm, adalah menu DS (dewan selera) dia. kitorang tak panggil dewan makan tau. kita panggil dewan selera. ingat ni sbp atau asrama harian ke? haha. Aku pun mula mula sebut DM ha lama lama baru terbiasa. Kat MRSM ada 5 kali waktu makan. Pagi(pukul 6), rehat (pukul 10.30) Balik sekolah(pukul 2), petang lepas riadah (pukul 6), malam lepas habis prep (pukul 10). Menu paling best kat MRSM ni masa makan tengahari yaktu pukul 2 camtu lepas habis sesi pembelajaran di BA (Blog Akademik). Antara menu dia, ada nasi ayam (biasanya hari jumaat), nasi briyani (jangan ingat yg sedap bapak macam kt kenduri tu pulak eh), sup ayam, sambal sotong, ikan keli sambal merah. Ada yang ada makcik DS sediakan sambal belacan jugak. kalau menu time petang, biasanya macam kadang mee, mihun, mihun sup, rojak, mee hailam. kadang ada nasi lauk ikan, paling best ada chicken chop! burger pun ada tapi jangan bayangkan burger sedap macam ramlee tu pulak. tapi chicken chop dia memang sedap la. Cuma jangan nak ngada bayangkan makan macam kat restoran nak sudu garpu bagai. Kitorang makan memang kena guna tangan je. Melainkan makanan berkuah. Kalau time makan malam, biasanya makanan ringan je. macam rojak, kuih camtu.MRSM Bentong prep malam habis pukul 10, taktau la MRSM lain. Tapi ada sekolah asrama habis prep 11 malam.

Apa yang best pasal MRSM, student boleh bawak hand phone. tapi bukan handphone Samsung meletup, IPhone ke blackberry ke apa tau, tapi fon cikai 80 ringgit camtu. Yaktu fon yang boleh message ngan call. Yang ada camera takleh tau. Tapi macam biasalah, ada je bawak, siapa kesah?! ini hidup kami!! *tetiba memberontak* hahahha. Tapi aku ada dengar, mrsm lain ada yang pengetua dia izinkan bawa handphone mahal berinternet tu. Tapi MRSM Bentong jangan harap lah ye. Pengetua lain lain. Kat sini kitorang panggil pengetua kitorang ayahanda bukan ayahawak ayahkamu, lawak tak? hahahhaa.
Sekarang dah habis sekolah dan berumur 18, aku rindu nak duk mrsm lagi. Rindu nak gila gila ngan budak cube. Eh haa kat sini kitorang panggil cube tak panggil dorm tau. sebab kat mrsm bentong bentuk bilik dia macam cube. satu bilik 8 orang. tapi 4 orang side kanan, tengah tempat meja belajar, 4 orang side kiri. haa gitcheww. kat sini jugak takde katil dua tingkat macam yang korang bayangkan bila perkataan 'asrama' tu disebut. kat sini katil sorang satu. Tapi jangan ngada nak bayangkan katil queen atau king ok!

Kat mrsm jugak, aku ada lah masuk pertandingan gamelan caklempong, pertandingan drama. MRSM Bentong punya team gamelan yaktu Ritmawangsa pernah main kat international Gamelan and Caklempong Festival 2015. Aku sebagai ketua gamelan yg tak berapa menjalankan tugas rasa bangga dapat buat persembahan kat situ ihihi. kalau nak tengok nah tekan sini .  Aku yg belakang lelaki main gendang tu. Dulu dekat saas pernah lah belajar gamelan, tak sangka pulak mrsm pun ada jugak gamelan ni. kalau kat sekolah lama, aku main pekin je. Kat mrsm aku main bonang. Pemain utama gitchew! haha. Selain 2 pertandingan tu, kat mrsm ada jugak pertandingan taekwando, silat, robotik, sukan semua. Ikut la kalau korang berminat. Ingat tau, jadi student yg aktif! Satu kelebihan jadi pelajar mrsm, kalau ada pertandingan memang lawan MRSM Semalaysia. Sekolah lain sbp ke apa takde. Melainkan kalau korang join pertandingan daerah mrsm korang. Jadi sijil pun sijil semalaysia. huhu. kotlah aku pun tak ingat walaupun baru tahun lepas last year.


ni pertandingam gamelan, time ni lepas dah habis umum pemenang haha

time cikgu nizam bawak g pantai time nak balik maktab dah hihi. mana aku? tengah! 

Kalau pertandingan drama pulak, aku dapat watak jadi Tun Teja. tapi scene aku sekali je. Ada lah dialog dalam 20 patah haha. 

teka lah teja yang mana? haha sebelah tu sultan, belakang yg biru tu Tuah.


Masa kat sini jugak, aku join kelab kebudayaan( vice president), taekwando, dengan netball (pernah jadi vice) haha. riak betul diri ini Ya Allah. Kat sini, ada tambahan kelab taekwando, silat. Kalau nak masuk masuk lah, untuk ahli kelab je. Ada yuran sekali. Kat mrsm jugaklah aku berpeluang dapat tali pinggang kuning taekwando. Kat mrsm biasanya sekolah yg bayarkan baju taekwando/silat. Kadang ada yg kita kena tambah sikit. sekolah bayar separuh.  Ha! tetibe teringat. MRSM juga ada minggu aktiviti untuk setiap sem. Iaitu korang tak perlu belajar seminggu tu. Buat aktiviti je huhu. Malam malam dalam seminggu tu ada cam jual jual macam pasar malam. Ada pertandingan yang korang sekelas/homeroom wajib join. Aku teringat zaman kegemilangan, masa time tu setiap kelas kena nyanyi ramai ramai lagu patriotik yg terpilih, ikut la kreativiti masing masing nak buat cane. kelas aku buat sambil beatbox. yang beatbox tu perempuan, gempak bapak. aku lah perempuan tu. hahaha kkk tak gempak mana pun saja je. Kalau nak tengok nahhh tekan sini. Tapi time tu lah aku mampu tunjukkan siapa diriku sebenar aicehh. Yang membanggakannya sebab cikgu cikgu puji time tu hehe. Tapi sayang dapat tempat ketiga je pertandingan tu.

Apa yang aku nak simpulkan senanya, kalau dapat tawaran MRSM/SBP jangan teragak agak. terus ambil walaupun jauh. Time tula kau akan dapat buat kenangan baru kat tempat jauh. Even aku duk Kajang, Selangor. Dapat kat MRSM Bentong pun rasa jauh haha. Walaupun aku pernah menyesal masuk mrsm bentong tapi sekarang aku dah mula rindu. Menyesal tu biasa lah, sebab time tu homesick sikit hahahha. Motif aku tulis pasal mrsm ni sebab dulu sebelum aku terima tawaran mrsm, aku search kat google "mrsm best tak" tapi takdak. hahahhaa ke aku sorang je yang berminat nak search? Kalau orang lain takde yg search pun takpela. atleast bila aku dah makin dewasa aku dapat baca balik entry sendiri ni hahaha. Bai semua moga hati sesiapa yg tengah berbelah bagi nak gi asrama ke tak mula terbuka lepas baca ni. Sebab duk asrama la kenangan yg takkan dapat korang lupa nanti. Bai! xoxo




Thursday, July 11, 2013

Mph Online free delivery

Hai. Assalamualaikum. Selamat berpuasa kalian. Eceh.

Mesti ramai yang terjebak dengan online shop ni kan. Baju lah, shawl lah, tudung lah dan sebagainya. Hah, kalau korang nak tahu buku pun ada jual online tau. Dekat MPH online. Boleh klik dekat link. Kebaboom. Sebab banyak buku dekat situ. Bila ada less, memang less laa. Kadang 25%. Banyak jugak kan.
Oh ye. Tahukah anda MPH online sekarang tengah buat free delivery from 28 june - 14 July. Maksudnya, belilah buku yang harga RM5 pun, still bayar RM5 juga. Include delivery charge. Hebat tak hebat? Kalau tak sebelum ni, kalau beli buku RM5, kena tambah RM6 selalunya untuk delivery charge. So, kalau rasa ada buku yang tak kesampaian lagi nak beli, awak semua boleh lah bertindak sekarang sebelum terlambat. Ingat, sampai 14 July je. Lagi 3 hari je ni. Hah, kalau nak order buku kat MPH online ni, kena ada online bank la. Contohnya, maybank2u ke.



Barubaru ni kakak aku ade beli buku novel English ni. Aku pun agak minat jugaklah sebab aku ni pandai BI. *muntah* Ampunkan aku sebab tak pernah tak perasan setiap kali post entry. Haha. Tapi aku suka cerita ni sebab aku dah tengok movie dia. Warm Bodies. Korang pernah dengar tak? Dah pernah tengok movie dia?