Follow Me n i'll follow u back =)

Saturday, January 22, 2011

Saya nak ini,ini,ini dan ini ...=)

Aku,Dia dan Coklat =)



Sinopsis

Kata Puteri Rania, coklat itu menggemukkan! Nasihat Khadijah, kalau mahu badan cantik jangan makan coklat.Tapi bagi Zaza, bukankah coklat itu lambang cinta! Coklat itu ubat untuk awet muda.
Sang jejaka idaman, Si Fariz hadir di kolej menjadi jejaka pujaan ramai. Zaza jatuh cinta! Sanggupkah Zaza makan hanya dua sudu nasi dan mengunyah tomato atau epal setiap hari semata-mata untuk Fariz? Bukankah selama ini Zaza makan coklat hingga lima kali sendawa!
Hatinya mahu coklat! Tapi jiwanya mahu memiliki Fariz. Maliz dan Asyikin, racun dalam hidup Zaza, tiba-tiba merancang sesuatu. Hidup Zaza bagai di neraka seketika. Siapa menang dalam pertarungan merebut perhatian Fariz? Apa terjadi apabila Zaza terbaca komen dan catatan di blog ibu Fariz, Puan Faridah? Antara coklat dan Fariz, yang mana raja di hati Zaza?


                                     Dunia Baru Yazmin =)

Sinopsis

Yazmin semakin membesar sebagai remaja yang matang. Kini berkisar tentang kehidupannya di pusat matrikulasi bersama kawan-kawan dan dunia yang serba baru baginya. Lebih menarik kerana Yazmin kembali bertemu sahabat-sahabat baiknya yang telah lama berpisah. Mereka kembali membina kehidupan bersama dengan pelbagai aktiviti dan rutin yang mencabar. Namun, dunia angan-angannya tetap tidak dapat dipisahkan. Tetapi ada kejadian aneh yang berlaku. Pada kali ini, setiap angan-angannya benar-benar menjadi kenyataan. Keadaan ini membuatkan Yazmin sangat bingung dan tertekan. Oleh itu, dia menjadi seorang yang sangat berhati-hati apabila ingin berangan. Yazmin takut dan rasa bersalah apabila setiap kali dia berangan, perkara itu benar-benar terjadi terutama apabila melibatkan kawan-kawannya

                                                Dear Yayah =)

                                 

Sinopsis
-tidak dikenal pasti- XD

                                          Dear Yayah 2 =)

                                      

Sinopsis

Dear Yayah kembali lagi. Kali ini dengan diari kehidupannya yang baru. Jihan dan Suria sudah tidak perlu menyorok lagi kerana semua pelajar sudah tahu mengenai persahabatan mereka dengan Hazman dan Khairi. Tetapi mereka masih juga meneruskan aktiviti menghantar surat dan kad-kad yang comel. Rupa-rupanya Jihan mempunyai seorang kawan baik bernama Kamal. Ini menimbulkan rasa cemburu dalam diri Hazman. Tetapi, tiba-tiba sesuatu yang tidak terduga terjadi menyebabkan Jihan jadi tidak keruan dan mula menyendiri...



Saya nak buku di atas ini..=)
siapa tak beli...siap...haha..XD
ok...apa kena mengena gambar bawah ini pula...T___T

 

0 sesumpah:

Post a Comment