Follow Me n i'll follow u back =)

Tuesday, April 19, 2011

Lawak! =D

hyep..harini tak tahu mau post ape,so saye post lha lawak2 nih..enjoy~ =)

lawak 1
Pada suatu hari,Joyah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke sebuah pusat membeli belah.Anak-beranak ini baru pertama kali datang ke Kuala Lumpur.Mereka tidak pernah keluar dari kampung.Jalan punyer jalan,tiba-tiba Joyah terpandang sebuah lif lalu.....

Joyah : Ayah apa benda tu?

Ayah : Entahlah nak...Ayah pun baru pertama kali ...
nampak benda tu!

Selepas itu,seorang nyonya terbongkok-bongkok dan menggigil-gigil menekan butang lif tersebut....lalu nyonya itu masuk dan pintu lif tertutup...tidak lama kemudian lif terbuka...TINGGI!! Keluarlah gadis cantik jelita.Ayah pun berkata...

Ayah : Nak kau pergi panggil mak dan bawa emak kamu ke mari,kita masukkan dalam "gua ajaib"ni.CEPAT!!
 
lawak 2
 
 
Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunaka kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Tina pun berpesan kepada anaknya :
Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.
Farid: Baiklah , ibu!
Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?
Farid: Be...
lum, belum. Undurlah lagi ibu.

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Undur lagi, lagi, lagi .
Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!

Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok !

Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !
Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !
 
lawak 3
Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.

Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!
...
Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...
Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)
Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.
Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.

Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!!
Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.

Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye?
Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!
Udin: Nenek pegang kat mana?
Nenek: pagar rumah.
Udin: "$%^&(#....."
 
nak lagi?hehe nanti lha

1 comment: