Follow Me n i'll follow u back =)

Wednesday, November 28, 2012

Kalau satu hari nanti..




Kalau satu hari nanti, aku pergi tinggalkan semua buat selama-lamanya, jangan kau salahkan aku. Allah yang dah tetapkan semuanya. Tetapi itu bukan bererti kau kena salahkan Allah. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tak semua orang dalam dunia ini akan hidup sampai 100 tahun. Kalau satu hari nanti aku pergi,ingatlah aku. Bukan aku yang meminta untuk pergi. Tapi itulah takdir yg telah Allah tetapkan. Aku tidak mahu pergi, itu semua takdir Allah. Bila aku sudah tiada, baca lah Yassin untuk aku. Itu saja yang aku minta. Bila aku pergi, jangan bersedih. Semua orang pasti akan merasai mati,tiada sesiapa pun yg akan terkecuali.ALLAH ITU MAHA ADIL. Ya, mati itu pasti, hidup itu InsyaAllah :')

0 sesumpah:

Post a Comment