Follow Me n i'll follow u back =)

Sunday, August 26, 2018

Matrik Best Ke Tak?

Hai semua ! Fuhhh setelah sekian lama tak bukak blog ni tiba tiba tadi hati kecilku ini pun terdetik untuk update la jugak sebelum aku nak masuk ke alam U. Hehe alhamdulillah lagi beberapa hari aku akan masuk Degree life! Yang mana U nya sangat dekat dengan rumah aku sampaikan aku boleh pergi dan balik ke U macam aku pergi balik sekolah je. Over ke? Hahaha. Takdelah dekat macamtu pun sebenarnya, cuma dekat la jugak tapi tak dekat macam nak pergi sekolah tapi still dekat la jugak, okay apa apa jelah! aku bakal masuk UPM, Serdang dan bakal menjadi student Masscom. Walaupun apa yang aku paling nak sebenarnya ialah untuk menjadi cikgu yang boleh mendidik anak anak awak semua nanti, tapi takpelah. Mungkin bukan rezeki aku. Ketahuilah aku sudah nangis berhari hari kerana tak dapat menjadi cikgu hahaha okay sambil tulis sekarang ni pun tetibe rasa nak nangis balik!

Okay sambung ke topik asal, tujuan aku tulis entry pasal best ke matrik ni adalah sama macam tujuan aku tulis entry MRSM best ke tak sebelum ni, sebab sebelum aku masuk matrik aku ada search "best ke matrik" tapi sikit je orang tulis pasal best ke tak matrik ni. Jadi aku macam kecewa la sikit haha. Aku percaya mesti ada jugak antara yg bakal masuk matrik akan search pasal ni jugak. Jadi Selamat Datang! 


kalau nak tau kat sini orang panggil tempatni UFO 


Sebelumni aku belajar dekat Matrik Perak. Yang mana mula mula masuk matrik aku rasa macam sedih sikit la sebab aku nak asasi kat universiti bukan matrik  sebab orang kata matrik sama macam sekolah asrama je. Aku yang telah penat dengan kehidupan asrama pun macam erghhhh. Aku dulu tak dapat UPU. Sekarang bila fikir balik memang patut aku tak dapat sebab aku mintak merepek repek hahaha. Tapi aku dapat panggilan kedua ke UNIMAS course Sains kat Sarawak yang mana aku sangat nak pergi tapi satu family menentang dengan kerasnya disebabkan jauh. Okay takpe lah ada hikmah. Okay jadi aku teruskan je lah dengan Kolej Matrikulasi Perak atau nak senang panggil, KMPK. "KMPK?!" "Di Hatiku!!!" itulah benda yang kami belajar disana. Asal dengar KMPK?! wajib sambut dengan meriah Di Hatiku!!! okay. Mula mula masuk matrik, pengetua yang berucap dengan teriaknya kata "welcome to the coolest part of hell!" jadi aku yang takut pulak dengar perkataan hell tu pun berzikir panjang dan mula resah gelisah disitu. Okay over lagi. Kat sini perempuan memang kena pakai baju kurung tauuuuuu tiap hari pergi kelas kecuali time ada koko.
ni masa hari entah keberapa dekat matrik.



aku nampak macam secret agent tak. Hahaha


Kat matrik ni student akan dibahagi kepada PDT dan PST, based on result time SPM dulu. PDT ni tempoh belajar dorang dua tahun kat matrik. PST pulak setahun. Aku dulu dapat PST, yaktu dapat spend setahun jelah dekat the coolest part of hell ni. Jangan tanya apa maksud PST PDT aku serious tengah lupa. Dan student dibahagi kepada Modul 1 (yaktu yang amek subjek Fizik, Bio, Chem, Math), Modul 2 (yaktu yang amek Fizik, Chem, Math, Sains Komputer), dan modul 3 (Bio, Chem, Math, Sains Komputer) ni pun based on result SPM. kalau nak tukar modul boleh, nanti memang diorang akan tanya ada tak pelajar yang nak tukar modul. Kat matrik ni memang padat jadual dia, jarang sekali nak dengar class cancel. Tapi ada je class cancel walaupun sedikit jangan risau haha. Semua kelas memang start pukul 8. Dan habis bukan setiap hari pada waktu yg sama. Ada hari pukul 3, pukul 4, pukul 5 boleh je jadi. Hari jumaat memang pukul 12 la tapi.

Kat sini ada Lecture, Tuto, Praktikal. Sama jelah macam U tapi cuma nak bagi bayangan sikit je kat korang. Lecture tu yang mana kita masuk Lecture Hall dan duduk dengar lecturer terangkan semua benda. Kita memang akan diberi nota. Best la kannn, senang gitu. alaa macam kat sekolah la semua diberi. Jadi aku yang manja pun suka lah diberi semua yang aku perlu hikhik. Kalau student asasi taktau la. aku tengah bercerita tentang matrik. Tuto tu macam kelas. Belajar dalam kelas. Kalau lecture tadi belajar ramai ramai macam seratus lebih camtu, tuto pulak umpama kat sekolah belajar sekelas. Praktikal pulak buat eksperimen semua kat makmal. Eksperimen paling best adalah eksperimen Bio bedah tikus. Aku yang suka tengok video bedah bedah ni memang suka lah dapat rasa bedah bedah tikus sebab dulu kat sekolah tak berkesempatan nak bedah.

maaf kalau ada yang tak suka tengok.

Ni aku time awal awal dulu sementara 
nak tunggu masuk makmal.

Kat Matrik kalau nak outing boleh sampai pukul 7 je. Eh jap yekeee, ke pukul 6 petang. aku dah lupa. Tapi macam asrama dulu lah, tak boleh setiap minggu. Ada jadual dia. Nak pulang bermalam pun ada jadual, tak boleh setiap minggu. aku yang dah pernah duduk asrama ketawa kecil tengok orang lain menangis homesick. Ceyyy takdelah! haha. Tak ramai pun homesick. Korang kena suka je duduk sini maka  hilangla perasaan rindu rumah tu sampaikan korang pun terlupa rumah kat mana ye. Okay over lagi! Dan paling best aku dengan kawan kawan kelas pernah pulang bermalam pergi Lost World of Tambun! dan kitorang menetap dekat homestay. 



Bilik kat KMPK ni satu bilik empat orang, dan jangan la bayangkan setiap bilik ada tandas. tandas kat luar. Jalan sendiri iyee. Aku jujurnya amat sayang dengan roommates aku sebab semua sekepala je. Semua jenis merepek hahaha. Apa yang aku paling suka pasal roommates aku adalah diorang semua jenis belajar. Sebab aku tengok dorang belajar, jadi aku yang sukakan persaingan sihat pun nak belajar jugak. kitorang akan lumba siapa paling lama duduk dekat meja study untuk study. Cehhhh okay tu over! Aku suka sebab kitorang memang malam malam akan duduk kat meja study, buat kerja semua. Tapi time jumaat malam memang kitorang jarang la nak kat meja study hahaha kitorang akan duduk sekejap je dan berborak, dan main fon semua dan aku kemudian akan main Mobile Legend dekat katil. Sebab dah mindset esok cuti hahaha. Dan benda paling tak boleh lupa, kitorang jarang pergi (read: tak pergi langsung) kalau ada event apa apa kat matrik walaupun WAJIB. Sebabtu kitorang punya group nama dia "pergi ke tak?" Sebab itu yang kitorang akan tanya sesama sendiri masa ada event apa apa dan jawapannya sentiasa tidak. Kalau nak tau aku ni dahlah merupakan ketua aras ground floor Teja. Ya Allah ampunilah aku, haha. Maafkan aku cikgu cikgu dan warden warden. okay ni roommates aku. Kitorang bertiga sebab lagi sorang dah pindah awal awal dulu. 


                           
aku taktau kenapa gambar ni nampak macam
 budak nakal tapi ketahuilah kami baik hahaha


                                  
manusia paling clingy



Okay sebab dah cakap pasal belajar aku teringat nak cakap tentang exam. Kat sini final setiap sem dipanggil PSPM. PSPM I, PSPM II. Memang penting tau PSPM ni, okay kepentingan dia macamni, PSPM I ni penting untuk digunakan untuk kita mohon upu, untuk kita mohon untuk jadi tenaga pengajar kat matrik, untuk bagi kita dapat sambung sebagai studen PST(kalau untuk PST lah) sebab ada yang PST turun ke PDT sebabkan result PSPM I. Yang pasal nak jadi tenaga pengajar kat matrik ni, pointer kena 3.5 keatas. Tapi takdela semua akan dapat, korang kena terpilih untuk interview dulu. Siapa lepas dia akan tanggung korang belajar luar negara. Interview dia memang susah sikit, tapi takpe ada rezeki ada lah. Rezeki Allah kan luas hee. PSPM II lagi lagi penting untuk tukar balik pilihan UPU yang kita mohon guna PSPM I sebelumni. Jadi, belajar lah betul betul. Enjoy enjoy juga. Sebabtu la aku kata aku gembira ada roommates yang belajar, ketahuilah kitorang suka tidur lambat apatah lagi time ada test, atau final. Kitorang tidur dalam 2 3 jam macamtu je. Pukul 4 5 pagi baru tidur. Aku baru first time berjaga untuk study macamni dekat matrik, dekat maktab dulu tak, dan aku amat rasa menyesal tak berusaha macamni time SPM dulu. Allah kan akan tolong orang yang berusaha. Hehe jadi alhamdulillah untuk PSPM I pointer aku 3.56. Walaupun roommates aku sorang tu 3.80 sorang lagi 4 flat, aku tetap bersyukur sangat sangat. Aku pun ada mohon untuk tenaga pengajar matrik tu, tapi aku rasa memang bukan rezeki aku nak jadi sorang pendidik takpelah. Yang penting untuk sem 2 pointer kebanyakan turun sebab susah sikit. 

Nanti korang akan muet dekat sini. Untuk yang nak amek kat luar tu taktahulah. Tapi nanti memang ada subjek english yang mana lecturer akan ajar pasal cara jawab muet semua. Alhamdulillah muet aku dapat band 4, dan roommates aku pun semua band 4. Muet ni ada tiga tahap. Listening, Writing and Speaking. Okay nanti lecturer korang akan ajar nanti jangan risau.

Dekat matrik memang wajib kena join koko satu semester. Aku dulu masuk badminton. Sebab ramai nak masuk pingpong tapi aku tak reti main pingpong sobs sobs. Kat sini jugak ada kelab yang boleh nak join atau tak. Kalau nak banyak markah koko join la kelab kelab yang ada macam kelab teater ke, gamelan ke, menari ke, MC ke. Tapi kalau nak tau akulah ketua kelab Gamelan tapi, aku sendiri dah mansuhkan kelab tu hahahha all hail Wawa! Sebabnya matrik tak mampu nak beli peralatan gamelan yang mana memang sangat mahal. Aku pun kecewa sebab tak dapat nak teruskan bermain gamelan dekat sini.

Dekat matrik ada KAKOM iaitu sukan antara matrik. Ikut la kalau korang nak masuk jadi athelete Kakom sebab memang banyak dapat markah koko. Tapi biasanya Kakom ni dibuat masa cuti. Jadi time Kakom murid lain balik rumah. Aku yang suka bersukan dan handal bersukan apa lagi, sudah tentulah aku balik rumah sebab aku lagi memilih kucing kucing aku dan rumah aku. Hahaha part handal tu tipu. Dekat Matrik jugak banyak je event event yang menarik, pertandingan yang menarik yang korang boleh join. Dan pertandingan paling menarik aku pernah masuk dekat KMPK ni adalah Tournament Dota 2! ye memang sangat merepek sehinggakan aku je perempuan kat situ, eh ke ada lagi sorang, aku pun lupa. 
 
nampak pro tak, hahaha aku lah Dendi Malaysia! Okay over lagi 


Dan dekat matrik ni petang petang aku amatlah suka jogging, kalau takpun akan main badminton dengan kawan kawan. Dan pernah jugak kitorang habiskan petang untuk main baling selipar tapi end up kitorang tangkap gambar je banyak, hahaha. Best beriadah ni. Silalah beriadah seperti aku, Yelah takkan aku nak habiskan masa aku dekat bilik tidur. Cehhhhhhhhhhhh aku pun geli tulis ni hahah. Tapi tolonglah menghargai setiap masa dengan kawan kawan, sebab kat matrik lah nak kumpul banyak kenangan indah indah. 

 Ni bila aku kata "buat muka buruk buat muka buruk!"


 Apa lagi ye nak cerita tentang matrik, memang menarik. walaupun aku mula mula dulu macam sedih sikit dan tak suka dan terpaksa. Tapi percayalah kawan kawan, Keterpaksaan akan membawa keikhlasan. tak sampai sebulan aku betul betul dah suka dengan hidup aku dekat Matrik ni. Apa lagi dengan kawan kawan yang baik, supporting, ceria, kuat merepek dan segala bagai. Apa yang korang perlu untuk gembira adalah menjauhkan diri dari negative vibes je gituuuuu. Persetankan manusia manusia atau geng geng yang kaki kutuk kutuk orang, yang suka palaukan orang. Sebab dengan wujudnya manusia camni la, kita akan rasa down dan tak gembira. Aku cakap sebab aku ada kenal geng geng sebegini dekat matrik yang suka palaukan certain orang macam kawan aku pernah kena. Kejam kan? Kita hanya perlu whateverrrr je kat diorang and live the life. Gitchewww



Aku kan ada cakap pasal event menarik kan tadi, contoh event nya ialah colour run dan macam event yang kelas aku anjurkan. Yaktu malam malam kami dan semua penduduk KMPK yang lain, okay takdelah semua tapi ramai lah yang join, kitorang terbangkan lantern.
ni time colour run
ni nampak sikit je, gambar yang banyak banyak lantern kat udara dah delete :(

Okay aku dah taktau macammana nak meyakinkan yang kehidupan kat matrik ni sememangnya amat best. Dan aku sekarang sangat rindu rindukan kawan kawan matrik aku. Sekarang semua dah nak masuk U lain lain. Tapi aku harap kita macammana pun akan tetap ingat satu sama lain. KMPK?! Di hatiku!!











0 sesumpah:

Post a Comment