ni hallway aspuri second floor block c dan ni je gambar aku ada haha
Apa yang best nya pasal MRSM ni?
Berhantu? Kena buli? Hahaha taktak. berhantu tu tak. Tapi memang kena tahu la kan dimana je kita berada, syaitan pun mesti lah ada di mana mana jugak. Kalau tak mesti lah semua behave baik je ye dak. Part buli pulak aku tak pernah kena lah sebab MRSM Bentong masatu first time buka balik lepas ditutup sebab tanah runtuh masa 2010. jadi masa 2015, ada tingkatan 4 dengan 1 je. Bila 2016 baru lah ramai sikit tambah 2 batch. Jadi aku kira senior dua tahun lah. Itu pun senior MRSM Bentong ni kira baik baik jugak tau, takde pijak pijak tumbuk orang semua. Kalau laki maybe ada la. Perempuan mrsm bentong semua sopan sopan belaka. aiceh
Apa yang best tentang mrsm, adalah menu DS (dewan selera) dia. kitorang tak panggil dewan makan tau. kita panggil dewan selera. ingat ni sbp atau asrama harian ke? haha. Aku pun mula mula sebut DM ha lama lama baru terbiasa. Kat MRSM ada 5 kali waktu makan. Pagi(pukul 6), rehat (pukul 10.30) Balik sekolah(pukul 2), petang lepas riadah (pukul 6), malam lepas habis prep (pukul 10). Menu paling best kat MRSM ni masa makan tengahari yaktu pukul 2 camtu lepas habis sesi pembelajaran di BA (Blog Akademik). Antara menu dia, ada nasi ayam (biasanya hari jumaat), nasi briyani (jangan ingat yg sedap bapak macam kt kenduri tu pulak eh), sup ayam, sambal sotong, ikan keli sambal merah. Ada yang ada makcik DS sediakan sambal belacan jugak. kalau menu time petang, biasanya macam kadang mee, mihun, mihun sup, rojak, mee hailam. kadang ada nasi lauk ikan, paling best ada chicken chop! burger pun ada tapi jangan bayangkan burger sedap macam ramlee tu pulak. tapi chicken chop dia memang sedap la. Cuma jangan nak ngada bayangkan makan macam kat restoran nak sudu garpu bagai. Kitorang makan memang kena guna tangan je. Melainkan makanan berkuah. Kalau time makan malam, biasanya makanan ringan je. macam rojak, kuih camtu.MRSM Bentong prep malam habis pukul 10, taktau la MRSM lain. Tapi ada sekolah asrama habis prep 11 malam.
Apa yang best pasal MRSM, student boleh bawak hand phone. tapi bukan handphone Samsung meletup, IPhone ke blackberry ke apa tau, tapi fon cikai 80 ringgit camtu. Yaktu fon yang boleh message ngan call. Yang ada camera takleh tau. Tapi macam biasalah, ada je bawak, siapa kesah?! ini hidup kami!! *tetiba memberontak* hahahha. Tapi aku ada dengar, mrsm lain ada yang pengetua dia izinkan bawa handphone mahal berinternet tu. Tapi MRSM Bentong jangan harap lah ye. Pengetua lain lain. Kat sini kitorang panggil pengetua kitorang ayahanda bukan ayahawak ayahkamu, lawak tak? hahahhaa.
Sekarang dah habis sekolah dan berumur 18, aku rindu nak duk mrsm lagi. Rindu nak gila gila ngan budak cube. Eh haa kat sini kitorang panggil cube tak panggil dorm tau. sebab kat mrsm bentong bentuk bilik dia macam cube. satu bilik 8 orang. tapi 4 orang side kanan, tengah tempat meja belajar, 4 orang side kiri. haa gitcheww. kat sini jugak takde katil dua tingkat macam yang korang bayangkan bila perkataan 'asrama' tu disebut. kat sini katil sorang satu. Tapi jangan ngada nak bayangkan katil queen atau king ok!
Kat mrsm jugak, aku ada lah masuk pertandingan gamelan caklempong, pertandingan drama. MRSM Bentong punya team gamelan yaktu Ritmawangsa pernah main kat international Gamelan and Caklempong Festival 2015. Aku sebagai ketua gamelan yg tak berapa menjalankan tugas rasa bangga dapat buat persembahan kat situ ihihi. kalau nak tengok nah tekan sini . Aku yg belakang lelaki main gendang tu. Dulu dekat saas pernah lah belajar gamelan, tak sangka pulak mrsm pun ada jugak gamelan ni. kalau kat sekolah lama, aku main pekin je. Kat mrsm aku main bonang. Pemain utama gitchew! haha. Selain 2 pertandingan tu, kat mrsm ada jugak pertandingan taekwando, silat, robotik, sukan semua. Ikut la kalau korang berminat. Ingat tau, jadi student yg aktif! Satu kelebihan jadi pelajar mrsm, kalau ada pertandingan memang lawan MRSM Semalaysia. Sekolah lain sbp ke apa takde. Melainkan kalau korang join pertandingan daerah mrsm korang. Jadi sijil pun sijil semalaysia. huhu. kotlah aku pun tak ingat walaupun baru tahun lepas last year.
ni pertandingam gamelan, time ni lepas dah habis umum pemenang haha
time cikgu nizam bawak g pantai time nak balik maktab dah hihi. mana aku? tengah!
Kalau pertandingan drama pulak, aku dapat watak jadi Tun Teja. tapi scene aku sekali je. Ada lah dialog dalam 20 patah haha.
teka lah teja yang mana? haha sebelah tu sultan, belakang yg biru tu Tuah.
Apa yang aku nak simpulkan senanya, kalau dapat tawaran MRSM/SBP jangan teragak agak. terus ambil walaupun jauh. Time tula kau akan dapat buat kenangan baru kat tempat jauh. Even aku duk Kajang, Selangor. Dapat kat MRSM Bentong pun rasa jauh haha. Walaupun aku pernah menyesal masuk mrsm bentong tapi sekarang aku dah mula rindu. Menyesal tu biasa lah, sebab time tu homesick sikit hahahha. Motif aku tulis pasal mrsm ni sebab dulu sebelum aku terima tawaran mrsm, aku search kat google "mrsm best tak" tapi takdak. hahahhaa ke aku sorang je yang berminat nak search? Kalau orang lain takde yg search pun takpela. atleast bila aku dah makin dewasa aku dapat baca balik entry sendiri ni hahaha. Bai semua moga hati sesiapa yg tengah berbelah bagi nak gi asrama ke tak mula terbuka lepas baca ni. Sebab duk asrama la kenangan yg takkan dapat korang lupa nanti. Bai! xoxo
Cube bdak pompuan pernah kna kacau ngn makhluk halus tak..tq
ReplyDeletePernah, ada yg pernah nampak benda benda tu dekat cube.
ReplyDeleteOic, teruk tak?..sbb baru baru ni ada kes kat 3rd floor, bdak menjerit nmpk.
ReplyDelete..huhu
Assalamualaikum
ReplyDeleteTerima kasih share story adik di mrsm bentong.
Terhibur aunty baca.
All the best for your future undertakings.
Take care.
Aunty Muna
#adaanakkatmrsmbentongjuga
Wassalam, sama sama aunty hihi doakan sayaa. thank youuu. all the best for anak aunty jugak!
DeleteBljar kjuteraan tu ok tk?.. Now dh kt mna bljar?.. Cer share ngan aunty
Deleteseronok baca story akak.this year saya pt3 so igt nk msuk mrsm bentong klu result okay .btw akak iterview dia susah x ? doakan saya kak boleh jdi mcm akak.
ReplyDeletePengambilan 2018 tingkatan 4 takde interview...Btw sama kita Pt3 2017 candidates
Deletemasa 2010, akak apply online mrsm bentong,mrsm kuantan dan mrsm muadzam shah sebab duduk pahang haha. bila dapat result dapat mrsm tumpat, klate dik oii. bapak jauh masatu budak 16 tahun berjauhan dan merantau negeri lain. sedih lepas dpt tahu mrsm bentong 2010 tu berlaku tanah runtuh. masuk mrsm tumpat 1st batch SPM tahun 2012. Tapi takpelah kenangan itu yg membuatkan rindu
ReplyDeleteMRSM mana yg boleh bwk smartfon?
ReplyDeleteMakaseh banyak2 kak sudi share story. Hilang dah sikit kerisauan nak masuk mrsm.
ReplyDeleteAssalam...saya nk brtanya...katanya mrsm ni pembelajarannya laju...mcmana kalau ada student yang baru masuk dan tak boleh nak catchup? Peranan guru2 kt sana adakah sama mcm di IPT...mksudnya..ajar2 lepas tu biar student study sendiri?
ReplyDeletebest blog ni lagu pun sdp..tq sharing..nce blog..mrsm tempt yg sgt bgus..tk kiralah kite study kt mana pun kuncinya rajin rajin rajin tu je..dan hormat guru....good info and nice blog.. a...btw akak share ya..kalau ade yg minat program under UPSI-dengan kerjasama Regent international kampus seremban-ada program dip PENDIDKAN AWAL KANAK -KANAK-bole berhbung segera utk permohonan ..skrg ade open intake..wsp 011-16930576(intake and record department). nak tanya psl program tourism or logistik pun bole .SAVE NO SIS KOT LEPAS SPM NT NAK REFER KE..
ReplyDeleteSULTAN KEDAH ANJING.
ReplyDeletePastu kenapa duduk Malaysia?
DeleteHuhuhu saya dapat tawaran kat sini. Lagi 4 hari nak kena interview dan ujian. Sebabtu cari kat google MRSM bentong ni boleh bawak fon ke tak hahahaha
ReplyDeleteSama la
Deletesenior kaa saas ni. saya pun dapat tawaran mrsm tp nak pergi xnak pergi. ok ke mrsm.
ReplyDeleteAda nasyid tak kat bentech
ReplyDeletesalm adik..aunty tgh mncari info subjek mrsm bentong..apa yg prlu ada untuk bljr kt sini?adakah kne tahu melukis?
ReplyDeleteThank you akak sebab share pasal MRSM Bentong. Tahun ni saya baru nak ambik ujian nak masuk MRSM Bentong. Jadi saya nak tahu jugak lah apa yang best kat MRSM Bentong ni, hehe.
ReplyDeleteSAME HEHE
DeleteWahhh tak sabar nak masuk MRSM Bentong ni, baru habis buat interview tadi ;) Doakanlah Mira dapat masuk ye :D
ReplyDelete