Assalamualaikum.
Rabu lepas, budak budak bb kena buat persembahan Bicara berirama atas pentas. Ya lah, dah dapat no tiga, mesti lah orang semua nak tengok kan persembahan kitaorang *muntah*
Semua kena pakai kain hitam. Terasa bagaikan budak form 6 pun ada. Cuma sebab tak tinggi macam budak form 6 jee, ecehh.Haha Sebelum naik pentas je amek gambar. Cikgu Eli memang suka amek gambar. Kihkih
Masalah terbesarnya, watak utama iaitu 'cikgu' nya tak datang. Masakan kita boleh buat persembahan kalau watak utama tak datang. Bayangkan nak buat drama, heronya tak datang. Haa. Bayangkan bayangkan. Semua dah kalut. Dengan tak bersedianya lagi. Dengan kasut besar aku nye lagi. Dengan kain longgarnya lagi. Dengan ada orang lain yg pegang watak ada yang tak datang nya lagi. Aduhai malangnya kita~
Haa lepastu sebelum naik pentas baru nak buat keputusan siapa nak gantikan watak cikgunya. Kenapa tak cancel je dan tunggu sampai semua orang yg pegang watak penting tu datang TT_TT
Apa yang ada dalam kotak imaginasi aku, Syiz a.k.a cikgunya akan datang time kitaorang atas pentas sambil berkata "Tunggu!" macam dalam drama gituu, Haa lepastu bolehlah kitaorang buat persembahan dengan cemerlang terbilang gemilang. Tapi malangnya itu hanya imaginasi aku semata-mata setangan-tangan semulut-mulut dan sebagainya. Sedih kan cerita aku. Haha.
Setelah berfikir-fikir, Cikgu buat keputusan suruh kawan aku yg sorang tu ganti. Anissa namanya. Bila cikgu dah buat keputusan macamtu, dia memang terus jadi gelabah gila lah. Dahlah banyak part cikgu dalam tuu.
"Kalau dia lupa macam mane? Alamak dia hafal semua ke? Betul ke?!" Desis hati kecil aku. Eceh.
Bila cikgu dah suruh semua bersedia untuk naik pentas, apa lagi, jantung aku berdegup selaju Usain Bolt, malah lebih laju dari itu *hiperbola semata-mata* Bila dah sampai atas pentas sekolah sendiri aku macam ......... K.
Kalau dekat pentas sekolah lain tu tak ada lah nak kisah sangat kalau buat over kemain ke ape pun kan, kalau buat over macam mane pun budak sekolah lain bukan kenal kita. tapi bila dekat sekolah sendiri perasaan malu tu datang tanpa dijemput. Dingdongdingdong.
Bila dah betul betul ada atas pentas, budak budak kat bawah nampak macam semut je membuatkan aku rasa nak pijak pijak je budak budak yg aku benci. Eh astaghfirullah. Insaf insaf. Sudah cukup lah aku belasah tiga budak lelaki guna seterika tahun lepas sampai kena dimerit. Kononnya~
Benda yang paling 'cannot go' atau dalam kata lainnya tak boleh blah adalah bila kat atas pentas tu boleh pulak aku nak tergelak gelak. Bukan aku, orang lain pun sama ye. Kihkih. Sebab banyak skrip 'cikgu ganti' tu tak hafal jadi dia ubah je apa yang dia nak. Haha. Aduh, kalau perasaan malu tak ada dalam diri aku ni mau saja aku gelak guling-guling atas pentas tu. Part skrip orang lain pun ada jugak diaorang lupa. Nazirul, Muaz, entah siapa lagi. Muaz Sesedap rasa awak je ye salah cakap skrip. Dari "Bahasa Melayu, terbaik" tiba tiba berubah kepada "Bahasaku, terbaik". Amboii. Mau tak tergelak gelak aku sampai sekarang bila teringat balik. Hahaha.
Cikgu pulak dari bawah amek gambar. Lagilah aku rasa nak gelak.
Tuptup dah nak habis persembahan, blackout pulak dah.
Kononnya Kata Najwa "Bila time blackout tu, muka Ain berseri-seri. Macam pontianak, seram pun ada" Itu bukan pontianak ye, itu cahaya keimanan. *muntah* Hahaha. Sudah sudah dengan perasan, assalamualaikum :)
Banyak betul kenangan dengan budak-budak Bicara Berirama Saas ni yee. Sayang kauorang sangatsangat 'anak anak keranda 152' ♥
0 sesumpah:
Post a Comment